
Tiba-tiba komputer anda atau komputer sekolah jadi perlahan. Nya orang kitani lagging berabis. Start (boot) komputer lambat, makan masa sampai 3-5 minit. Klik start menu lambat keluar. Klik icon, file atau folder semua lambat. Check dengan antivirus latest update pun kena bagitau tiada virus. Baca doa selamat dan tolak bala sudah, lakat jua lagging. Apa lagi ni ?
Berkemungkinan besar komputer anda/awda/biskita telah dijangkiti dengan Spyware, Malware atau Scumware. Spyware ani bukan bersifat perosak macam virus komputer. Sebab atu antivirus selalu terlepas. Spyware ani bolehlah diumpamakan seperti pengintip dalam komputer yang bersiap sedia memberikan laporan pada penciptanya. Spyware juga boleh membuka laluan supaya virus perosak masuk kedalam komputer, mengcopy numbor kad kredit apabila kitani shopping online dan seterusnya jadi informer pada tuannya. Ia jua bolehlah diumpamakan seperti sitalam dua muka ditempat kerja. Depan kitani muka bukan main manis tapi rupanya dibelakang mengata kitani.
Selain daripada program antivirus, komputer jua memerlukan program anti spyware. Program anti spyware FREE yang lazim digunakan ialah seperti Malwarebyte, Spybot search & destroy dan Lavasoft Ad-Aware. Dalam artikel ani aku hanya menyebut pasal Malwarebyte sebab ia pantas sedikit daripada yang lain. Tapi anda boleh jua install ketiga-tiga program diatas dalam satu komputer. Sila ikuti panduan berikut untuk download Malwarebyte.
- Download Malware byte daripada salah satu alamat web dibawah.
- Install dalam komputer.
- Update terlebih dahulu dengan menekan butang Check For Update. Sama macam antivirus, mesti update program dulu baru buat scan.
- Lakukan Scan dengan memilih Perform Quick Scanner atau Perform Full Scanner (lambat tetapi lebih menyeluruh).
DOWNLOAD (update 27.10.2011) :
http://www.filewebload.com/download.php?file=31b66cc197be80f499538597fcfe3fbf

